Saturday, September 5, 2009

BIODATA

NAMA : SHUHALA BINTI ABDULLAH

TARIKH LAHIR : 13 HB FEBRUARI 1975

UMUR : 34 TAHUN

NO K/P : 750213 – 01 – 5808

NO.TELEFON : 0197656948

ALAMAT : NO 3,JALAN PINANG MERAH 12,
TAMAN SAYONG PINANG,
BANDAR TENGGARA,
81440 JOHOR.

STATUS : BERKAHWIN

NAMA SUAMI : HAMDAN BIN KAMIS

UMUR : 39 TAHUN

PEKERJAAN SUAMI : TENAGA NASIONAL BERHAD DI KULAIJAYA

BILANGAN ANAK : 2 ORANG ( NUR AQMAR HANI 10 TAHUN )
( NUR AQIF AQMAL 4 BULAN )

KEGEMARAN : MEMASAK,MENGEMAS DAN MEMBACA.

OPSYEN : PENGAJIAN AGAMA

AMBILAN : MEI 2007

KELULUSAN : STPM

TUTOR : EN.SAIRI BIN JASMAN

MAJOR : PENGAJIAN AGAMA

MINOR : SAINS

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG,
BANDAR TENGGARA,
81440 JOHOR.

NO.TELEFON SEKOLAH : O78965298

SEJARAH SEKOLAH


SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG
BANDAR TENGGARA
SEJARAH PENUBUHAN / PEMBUKAAN SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan / mula dibuka pada 4 Januari 1997.Dalam tarikh tersebut,aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah menumpang iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 2.Penubuhan sekolah ini atas usaha sama pihak sekolah dengan desakan penduduk Taman Sayong Pinang dan Taman Sayong Indah.
Pembukaan sekolah ini juga hasil kerjasama dan bantuan daripada Pejabat Pendidikan Negeri Johor melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 serta Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang.Pihak Pejabat Pendidikan Negeri Johor telah memberi kebenaran menggunakan lima bilik darjah SKBT 2 untuk dijadikan tenpat pengajaran dan pembelajaran Sekolah Agama Taman Sayong Pinang sebagaimana surat pekeliling ( surat kebenaran bil.JPNJ / SPS / SR / 023 (69) ) ).
Jumlah guru pada masa itu seramai 3 orang iaitu Allahyarham Ustaz Fatkhorrahman bin Ngadimin,Ustazah Hajjah Enduk Ummin binti Hj.Mohd Noor dan Ustazah Latifah binti Solyaman.Terdapat 9 aliran darjah iaitu daripada darjah satu hingga darjah empat dengan jumlah murid seramai 267 orang.Pada tahun 1999,jumlah murid telah meningkat kepada 502 orang dengan jumlah aliran sebanyak 18 aliran dan guru seramai 8 orang

PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG
Pembinaan Sekolah ini telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM 1.5 juta.Peruntukan tersebut adalah hasil usaha pihak sekolah dengan AJK Badan Kebajikan SATSP di mana Pengerusinya pada masa itu ialah En.Othman B.Talib serta PIBG SKBT 2 dengan sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi iaitu Ustaz Lugiman B.Hj Sastero yang kini sudah bersara.
Pada Julai 1999,bangunan tiga tingkat Sekolah Agama Taman Sayong Pinag di bawah pembinaan Perbadanan Ekonomi Negeri Johor dengan usaha sama Unit Pembangunan,jabatan Agama Negeri Johor ( Bahagian Pendidikan ) telah siap dibina dan dalam proses penyerahan.Pada hari Rabu,4 Ogos 1999.telah diadakan Majlis Penyerahan Kunci bangunan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang.

OBJEKTIF SEKOLAH

• Meningkatkan dan memupuk minat,kecekapan dan kemahiran pelajar yang tinggi dan berterusan di kalangan pelajar.
• Meningkatkan prestasi akademik pelajar dari segi kuantiti dan kualiti.
• Meningkatkan prestasi kecemerlangan aktiviti kokurikulum.
• Melahirkan pelajar yang progresif dan bestari bagi mencapai dasar kerajaan kea rah wawasan 2020.
• Mengamalkan “ Budaya Penyayang “ dan “ Budaya Ilmu “ yang berterusan di kalangan pelajar.
• Pelajar menghayati nilai-nilai murni kehidupan bagi mewujudkan suasana harmonis,sentiasa bekerjasama dan bersatu padu.
• Mempastikan pendidikan memberi kesedaran kepada setiap individu.

VISI SEKOLAH
Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani.emosi dan jasmani
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.


MISI SEKOLAH

Membina dan membentuk generasi yang berilmu,beramal soleh dan berperibadi mulia
Ke arah kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

WARGA SEKOLAH

SESI PAGI

SESI PETANG




1 Ustaz Hj.Alias bin Hj.Haron DGA32 019-7737014
Guru Besar









2 Ustz.Rohani binti Pairuk DGA29 019-7712991
GPK1
2 dan 3 AlFatonah
Pagi




3 Ustz.Hjh.Suriani binti Hj.Arsad DGA29 013-7203396 GPK HEM
1 dan 5
Petang


4 Ustz.Salina binti Suri DGA29 013-7484962
8962489 S/U Peperiksaan
2 dan 6 An-Naim
Petang

5 Ustz.Hjh.Asipah binti Hj.Hashim DGA29 019-7168006 Bendahari SUWA
1 dan 5 Al Qayyum
Petang

6 Ustz.Suhaimah binti Haron DGA29 013-7967913 S/U KURIKULUM
1 dan 6 A-Hakim
Petang

7 Ustz.Nor Asmah binti Othman DB17 013-7971976 S/U KO-KURIKULUM
6 Al-Amanah
Petang

8 Ustz.Nor Idayu binti Ishak DB17 013-7017685 S/U SEKOLAH
1 dan 5
AT-TAQWA
Petang

9 Ustz.Norsiah binti Rahmad DB17 019-7237617
1 dan 5
AL-GHAFUR
Petang

10 Ustz.Shuhala binti Abdullah DB17 019-7656948 3 dan 4 Ad Din
Petang

11 Us.Mohd Yusof bin Ahmad Fadhil DB17 012-7920391 1 dan 6 Al-Falah
Petang

12 Latipah binti Omar DB17 0197565060 1 dan 4
petang

13 Ustz.Rashidah binti Kamsin KAFA 019-7946380 PENGAWAS PTG
1 dan 4 Al-Malek
Petang

14 Ustz.Rinawati binti Jahimah KAFA 012-7562951
1 dan 4 An-Najjah
Petang

15 Ustz.Hjh.Lilah binti Hassan KAFA 8967287
1 dan 4 Al-Amin
Petang

16 Ustz.Suriyati binti Shral KAFA 019-7065770 PENGAWAS PAGI
2 dan 3 As-Siddiq
Pagi

17 Ustz.Hasnah binti Noh KAFA 019-7068781
2 dan 3 Al-Amin
Pagi

18 Ustz.Che Ani binti Seran KAFA 013-7568529
2 dan 3 Al-Amanah
Pagi

AKTIVITI SEKOLAH

MAJLIS KHATAM TADARUS DAN KHATAM AL QURAN













KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS


















PAUTAN

AURAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW


1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah

WACANA ILMU

Perkembangan mutakhir telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara ini berhubung dengan disiplin para remaja. Pelbagai pihak telah mengeluarkan hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para remaja, terutamanya yang berada di bangku sekolah.



Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini? Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?



Keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya para pelajar dengan kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini cukup memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan remaja kita.



Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Kita juga tentu bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah ‘madu diberi, tuba yang dibalas.’



Segala persoalan berkenaan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, semua patut insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal atau tidak formal.



Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua – meliputi individu, ibu bapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.



Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri dengan mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat serta memilih pengalaman hidup yang positif bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang tepat dan dapat diterima oleh agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang universal. Tegasnya, pendidikan adalah tanggungjawab setiap individu tanpa kompromi.



Dari sudut penakrifannya, pendidikan adalah “suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan.” Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai “satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.” Dr. Abdul Halim el-Muhammady pula menyatakan bahawa ‘pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan al-Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan muktabar dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang soleh.’



Sementara Imam al-Ghazali pula mengatakan “pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik.” Secara umumnya, daripada pandangan-pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ianya proses yang mengambil masa yang panjang.



Walau apapun definisi yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Secara formalnya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih bagi menyalurkan ilmu dan maklumat.



Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Remaja sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh seperti merokok, cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.



Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibu bapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam rumah tangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak jika ibu bapa setiap hari menghantara anak ke kelas fardu ain tetapi si anak mengetahui ibu bapanya tidak pernah sembahyang atau cuma ke masjid seminggu sekali.



Pendeknya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut bimbang masa hadapan para remaja kini lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.